Perkembangan fetus - hamil 38 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Adakah anda tertanya-tanya apakah warna mata bayi anda? Kebanyakan bayi Asia dan Afrika mempunyai mata hitam kelabu atau coklat semasa dilahirkan - mata hitam kelabu mereka akan menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan atau setahun. Kanak-kanak kacukan bangsa selalunya mempunyai warna mata yang betul-betul cantik. Bayi keturunan Eropah selalunya mempunyai mata berwarna biru gelap dan warna sebenar - coklat, hijau atau biru - mungkin tidak akan muncul untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Warna mata bayi anda pada saat-saat selepas kelahiran tidak akan berkekalan - dedahan kepada cahaya akan menukar warna mata bayi yang asal.
Lihatlah bahagian bayi kami untuk mempelajari tentang bebanan amat bernilai yang sedang dikendong oleh anda.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim.
No comments:
Post a Comment