Saturday, February 11, 2012

Keperluan semasa peringkat awal pelahiran 

Kemungkinan besar anda akan memerlukan:
  • Pelan kelahiran anda.
  • Gaun santai -- berguna jika anda teringin berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.
  • Kasut selipar.
  • Stoking -- percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
  • Gaun tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.
  • Minyak urut atau losyen jika anda ingin diurut semasa pelahiran anda.
  • Balm bibir.
  • Makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
  • Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
  • Kamera digital atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu -- tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
  • Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah, permainan dan sebagainya.
  • Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir).
  • Mesin kelegaan kesakitan TENS jika anda bercadang untuk menggunakannya.
  • Kelengkapan dandanan diri.
  • Penyembur air, atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
  • Muzik untuk didengar.

Untuk teman pelahiran anda 

Suami anda pula akan memerlukan:
  • Sepasang pakaian untuk ditukar.
  • Makanan snek dan minuman -- anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda!

Untuk selepas bersalin 

Semasa di hospital, anda mungkin memerlukan:
  • Pakaian balik rumah. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -- maaf ya!
  • Bra menyusu -- dua atau tiga helai.
  • Pad bra untuk bila susu badan anda mula mengalir.
  • Tuala wanita selepas bersalin -- beberapa bungkus.
  • Kelengkapan dandanan diri.
  • Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.
  • Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin. Walaupun tidak terdapat bukti kukuh bahawa ianya betul-betul berkesan, namun ramai wanita melaporkan bahawa mengambil arnica dapat mengurangkan lebam serta menolong mempercepatkan proses pemulihan.
  • Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising!
  • Telefon bimbit anda – serta pengecasnya!

Untuk bayi anda 

Si manja akan memerlukan:
  • Sebuah kerusi kereta bayi.
  • Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.
  • Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk).
  • Lampin.
  • Sepasang stoking atau buti bayi.
  • Topi.
  • Kain muslin.
Sebaik sahaja anda telah pengemas beg hospital anda, ingatkanlah diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin! 

No comments:

Post a Comment